
|
holla lolla
![]() Tagboard
CBOX CODE HERE.
| The Ungiven Letter
Saturday, April 5, 2014 | 11:45 AM Assalamualaikummm.. :) Dah masuk April 2014 pun. Hahahahaha K. Sadis yang amat lah blog aku ni. Dipinggirkan oleh tuan sendiri rupanya. Oh sebelum tu! Alhamdulillah..aku dapat sambut tahun 2014 ni sehingga lah pada pagi ni. Dua pagi k! Takde kerja ke aku nak update blog pagi pagi buta ni saat orang lain tengah tidur. Gila? tak..Tak boleh tidur? Perfect words! Yes sejak semalam aku takboleh tidur. Lepas azan Subuh baru aku naik katil then, tidur. Tak pernah seumur hidup aku nak buat macamtu. Tapi aku dah buat pun..why bother? Saja nak buat eksperimen..boleh ke kalau aku tak tidur langsung for 24 hours straight? Boleh je sebenarnya..tapi kepala dah berat macam batu! Nak nak kat aku yang memang kepala batu. Haha sesuai sangat lah -.-' Anyway..i thought of creating a new blog. Untuk apa ek kalau yang lama pun tak terjaga? Aku..dah mula semangat balik nak manage blog. Untuk repair blog ni..malas lah. Haha so aku dah buat blog baru cuma perlu di-touch-up sikit. Maybe this could be my last entry. Last but not least hehe. Dari mana ek datang semangat? Dari dia lah..K, i owe you explanation. Lain kali cerita ;) And untuk awak..these are some parts from the ungiven letter. Enjoy :) Dear AWAK, Assalamualaikum :) Buat nyusah je awak sampai menjelajah ke blog sy ni. Haha nak buat macam mana. Sy suka membebel. Sehelai kertas A4 takan cukup untuk sy tulis pada awk. Dan sy pulak ada penyakit tangan-cepat-lenguh-bila-tulis-panjang-panjang. Haha panjang tak nama penyakit? Tu belum nama saintifik lagi. Berkerut muka awk nak baca nanti. Macam yang awk baca kat atas tadi. Ni entry terakhir. Taksempat nak touch-up blog baru on 2 am pulak tu! Lepasni..dalam blog baru..tulisan sy, sy tujukan untuk awk. Segala apa yang akan sy bebel kan dalam tu seolah-olah awk ada dengan sy. Sy takde pilihan. Awk je lah yang sy cari kalau sy rasa sedih..gembira ke..mengidam nak makan all those fast foods ke..mengidam nak makan takoyaki ke..kecewa ke..marah ke..Selepas awk pergi PLKN ni, i will do feel a great loss. Akak sy pulak cuma cuti seminggu. Lepas seminggu? Apa akan jadi dengan sy? Untuk kali ni..sy rasa seronok sangat ada awk dengan sy. Compared to..sebelum ni. Sy suka tengok awk rajin benar layan sy yang mengidam tak kena tempat dan sebab. Lagi-lagi waktu sy merajuk dengan awk sebab awk tak tapau kan McD untuk sy pun padahal sy memang teringin sangat! Tapi awk sabar je. Tak penat awk janji yang awk akan bawak sy makan McD. Bila sy marah or tak puas hati pasal bola, yang membabitkan pemain, awk still layankan je walaupun awk taktau sangat pasal bola. Walaupun awk belum tentu kenal siapa tu..Wan Zack Haikal..siapa tu..Wan Zaharul Nizam..Sampai awk penat ye dengar sy membebel je? Nak buat macam mana. Dah awk je yang sy ada..jadi tempat membebel sy..jadi tempat melepaskan geram sy padahal awk tak buat salah pun. Itulah sebab nya sy rasa sedih sangat awk nak pergi walaupun awk boleh lagi contact sy cuma tak selalu dah. walaupun 3 bulan tu taklah lama sangat sebenarnya. Sy cuma takut ada hari-2 penting bagi sy tapi awk takde untuk sy kongsi kegembiraan tu. Sy bercakap macam awk takpernah tinggalkan sy kan? Tapi entahlah..i feel different this time. Sy tahu..sebelum terima awk balik sy tahu..yang pasti sy akan bergantung kepada awk. Akan bersandar kepada awk. Sampai satu tahap sy akan susah nak lupakan awk. See! Whats happen now? Its happening now.. Bila dah makin lama sy tahu sy kena 'lepaskan' awk jugak sebab hari nya akan datang. and it will. Awk ada masa lagi untuk awk pilih siapa yang awk nak jadikan soulmate. Dan jugak awk kena cari. Jadi sy 'lepaskan' awk untuk mencari. Kalau bukan sebab PLKN pun sy kena buat macam ni jugak kan? Sebabtu sy ingatkan awk yang entah ke berapa kali ni..Kalau awk dah jumpa yang selain sy, bagitau awal-awal k. Sy taknak buang masa tunggu padahal masa sy dah sia-2 since awk jumpa orang lain. Sy taknak macamtu. Please jangan bodohkan sy lagi sekali..Just if..awk datang balik pada sy, sy akan bagi balik cincin awk dan cincin sy akan sy pakai walau ke mana pun. Tapi, kalau awk tak datang balik atau taknak datang balik pada sy, sy cuma akan pulangkan balik cincin awk dan sy pada awk balik. Tu saje. Tapi jangan risau..sy masih doakan yang baik-baik ^^ Sy nak awk jaga diri sebaik mungkin kat sana. Jaga kesihatan awk tu paling penting! Dah lah cepat demam! Susah je nanti nak buat aktiviti semua tu. AND, tolong sampaikan salam sy kat Sekakap? Boleh? Rindu tempat tu.. Anyway, im sure you will get a very great time. Everyone that had joined PLKN said that..So maybe its true. I will keep on waiting as long as you want me too :) Shahadah Okay, last from me for this blog..Keep on smiling! *THE END* 0 Memories
I'm Back!
Sunday, September 22, 2013 | 6:36 AM Assalamualaikum WBT :) Berabad ek aku tak update blog ni. Tiba-tiba tergerak hati nak 'meninjau' blog aku ni, entah kena sampuk apa pun aku taktau. Kesian sungguh ! Buka-buka je, last update on April. Nasib baik masih dalam 2013 ! Well, dah sampai akhir September. Mid-year Exam pun dah habis. Puasa dah tamat. Raya of course dah pun melabuhkan tirai. Trial pun dah lepas. Masih lagi menunggu keputusan untuk Trial ni. Debarannya..Ya Allah! takpayah cakaplah. Dipendekkan cerita, aku tak puas hati langsung peperiksaan kali ni. Sangat sangat tak puas hati! Soalan yang agak susah dan aku rasa aku tak sungguh-sungguh kot this time. Or aku dah terlalu berbangga dengan keputusan Mid Year Examination aku yang lepas. Walaupun tak pass with flying colours kan tapi aku lebih berpuas hati dengan result aku on that exam. Senang cerita banyak subjek jatuh markah. Nak jerit dari atas bangunan Kluang Mall ke nak menangis guling-guling ke dah tak guna dah. This Trial is over! And we will not gonna repeat this exam, right? So, tunggu je lah Sijil Pelajaran Malaysia, coming soon this November. Masih belum terlambat untuk berusaha dan berubah kan? Dia sihat ke tak? Sihat lah kot. Boleh online Facebook tadi. So he is certainly in good state. Eh, bukan aku stalk dia ke apa ke okay! Dia yang menyemak dekat list chat aku. Salah aku ke? :D To be specific, he is happy. Really really happy. Tahu kenapa? Sebab dia dah ada teman baru. And, kenapa aku kena bersedih saat dia tengah bahagia? Oh, tell me Siti NoorShahadah..awak takkan bersedih pasal orang lain kan? Sound selfish kan? Dalam situasi aku ni, perlu selfish tu :D Okay, enough talk about him. Let us plan a new ending! Selamat menjalani hari esok dengan ceria, insya-Allah.. ;) Enjoying Weekend
Sunday, April 7, 2013 | 6:31 AM Assalamualaikum ^^ Berjumpa kita lagi..Alhamdulillah :) Jadi hari ni boleh dikatakan weekend yang agak bagus untuk aku. I mean weekend hari ni tak macam weekend yang biasa. Mengukur bandar Kluang. Tu lah aktiviti aku hari ni. Memandangkan my dear little sister was coming home last Friday, jadi ke bandar lah aku akhirnya. Freedom is mine today ! wuhuuu ! Ke Kluang Mall..Matlamat utama nak menghabiskan baucar buku kakak aku tu. Terima kasih pada kerajaan Malaysia :) Tinggal lagi rm100 untuk dihabiskan. Jadi apa lagi, novels lah mangsa aku. Dah menghadap satu rak novels tapi clueless. tak banyak sangat novel yang best. Tawaf punya tawaf aku memilih satu novel. Novel yang bertuah itu ialah..Jodoh Itu Milik Kita karya Sara Aisha. Ikut pada sinopsis novel tu macam best. Jalan cerita nya ala ala Setia Hujung Nyawa dengan Sebenarnya Aku Isteri Dia ! Tapi aku belum baca lagi..belum boleh sebenarnya sebab mid year exam aku mula minggu depan. Jadi aku kena fokus untuk itu..Masa cuti bulan 6 baru boleh baca dan khatam kan terus kot. Lagipun 2 novel menunggu untuk dibaca. Lagi satu novel novel Sehangat Asmara. Sure semua tau kan pasal novel tu. Maklumlah, novel popular kan. hehe. Sejak akhir akhir ni si dia muncul balik dalam hidup aku. Entah lah. Tapi off course hati mesti terusik punya sebab dia cinta pertama aku kan. Everyone will not be able to forget their first love right ? Aku harap aku masih lagi dapat fokus pada cinta terbaru aku..Sijil Pelajaran Malaysia. Just wait for the next story about him okayyy ? Mulakan hari esok dengan senyuman dan Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.. Menunggu Hari Esok ~
Sunday, February 17, 2013 | 6:25 AM Assalamualaikummmmmm.. ;D Dear blog, Esok hari pertama persekolahan lepas cuti tahun baru cina. Wah..malas sungguh nak ke sekolah ni ! Esok juga little sister aku dah balik ke UUM :'( Perpisahan itu sungguh menyakitkan ! lepasni nak lepak Bandar Kluang dengan siapa lah ek ? Balik je little sister aku ke UUM ber-erti bermula nya kehidupan aku yang sangat lonely ! Maklumlah, cik Siti ni tak punya boyfriend. takpe-2. Lepasni bergurau senda dengan ibu saja lah :) Well..cuti seminggu ni takde nak buat apa apa pun. Just Rabu lepas ada hang-out dengan 'boyfriend' dan 'girlfriend' ku yang ter-cinta =) Pergi main boling..jalan jalan..makan makan..cuci mata..tapi ! tak tengok wayang :( Arghh ! rindu nak tengok wayanggg..Jadi, tanpa segan silu aku akan mengaku yang aku tak pernah pun main boling selama ni. Rabu lepas tu lah first time. Permulaan yang agak baik sebenarnya. Berjaya tewaskan boyfriend dan girlfriend aku (yang selama ni ketagih dengan boling) dengan 55 mata. Yehuuuu ! Sebenarnya bukan lah satu pencapaian yang memberansangkan betul tak ? Takpe lah. Pusat Boling tu tak lari ke mana. Ada masa kita fight lagi :D Okay ! Fokus untuk esok. Harap harapnya esok hari yang baik. Begitu juga anda anda yang sudi membaca blog ni. Mulakan hari dengan senyuman ye semua ! Non Stop Holidays
Monday, January 28, 2013 | 1:17 AM Hey there ! Assalamualaikummm :) Isnin. Hari yang sepatutnya aku di sekolah tapi hari ni aku di Bandar Kluang. Hehe holiday lah okay ! ingat aku nak ponteng ke pastuh p lepak bandar ? takkan berlaku ! Semalam ialah Hari Thaipusam yang jatuh pada hari Ahad jadi cuti tu meleret-leret lah sampai ke hari ini. yehuuuuu ! Khamis yang lepas pulak hari Keputeraan Rasullullah SAW. cuti lagi ! tak ber-kesempatan lah nak meng-hadirkan diri ke Masjid Bandar Kluang :( well..tak boleh buat apa lah dah ibu taknak pergi. tengok dekat tv je sudah lah..rasanya belum terlambat lagi kot aku nak ucap-kan Salam Maulidur Rasul =)
Hoho ! comel takk budak ni ? Alahai..besar-nya mata !
Aku ada satu rahsia tau ! keep it okay ? sebenarnya..aku taktau nak story apa hari ni :( okay okay..cuti ni hanya banyak meng-habis-kan masa dengan little sister aku :) ehh..aku takde adik perempuan okay. Hanya kakak yang act macam adik adik. Haih jenuh nak layan perempuan ni = = ' Adik adik pun tapi hari dia balik Kluang lah hari yang paling aku tunggu tunggu. Waktu dia takde payah sikit lah hidup aku. Duduk sekejap je dah ter-ingat dekat encik sumber inspirasi-ku. Macam mana dah tu ? adoiii..perkara tu lah yang paling aku nak hindarkan. Ingat pada dia ber-erti aku ber-harap pada dia. taknakkkk ! Jadi dengan ada-nya little sister aku dekat rumah ada juga lah aku kawan nak ber-bual, ber-gurau dan ber-main. hehe. Bahagia nya ! :) Aku sangat berharap one day, bila aku, kakak dan akim dah besar nanti we still hang out together*
Okay sekarang dah takde ilham dah nak tulis apa. Just wait for my next entry and I guarantee there'll be new story :) Ter-senyumlah bila di-timpa musibah ye ? ;) chow !
Sunday, January 20, 2013 | 7:12 AM Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum. Alhamdulillah..bersyukur aku masih lagi ber-kesempatan menulis entry untuk bloggy aku ni ^^ Dah lama rasanya aku tak ber-blogging. dah sampai tahun yang baru punnn. well..tahun baru umur yang baru kehidupan yang baru diari yang baru, dan insya-Allah Siti NoorShahadah Binti Jamidin yang baru :) ngee.. Jadinya this year anak tok din ni dah 17 tahunnn ! gembira sebab aku dah semakin *dewasa* tapiii sedih..sebab tahun ni 'ujian terbesar' dalam hidup aku bakal berlaku insya-Allah. That is Sijil Pelajaran Malaysia. arghhh! gementar gementar! Dengan itu, aku mula-kan 2013 ini dengan matlamat yang pastinya aku akan berusaha teguh-kan sampai lah ke akhir tahun. oh! oh! dan tahun ni juga sedih sebab final year untuk aku dan kawan kawan aku di sekolah, insya-Allah. yeahhh..mana tahu kan ada yang nak sambung study ke form 6. masuk sekolah balik :D Okayyy..dah dah ketawakan orang. Sekarang dah sampai minggu ke 4 2013. semua berjalan dengan baik. Alhamdulillah..Thank you Allah :) Awal tahun je aku dah aktif dengan sukan. boleh percaya tak cik siti aktif dengan sukan ? haha kalau tak percaya tu..percaya percaya-kan lah ye. The truth tak lah aktif sangat. hanya mewakili *kelas*..KELAS..K.E.L.A.S okayy ? bukan sekolah or daerah. hanya kelas. dalam Liga Bola Jaring yang diadakan selama dua hari dalam dua minggu. Kelas aku berjaya! Berjaya mengumpul no score untuk 5 Sains Tulen 3. gelak? gelak lah puas puas. nak buat macam mana. dah berikan yang terbaik dah (ayat klise! ) hehe. About himmm pulak..dalam proses untuk tak ingat dia sangat beside aku dah buat keputusan hanya nak treat dia as *sumber inspirasi sahaja. Apa? Bukan ke *sumber inspirasi tu perlu? kalau untuk aku, perlu untuk meningkatkan semangat aku yang sedang ber-juang ni. cewahhh! ayat sastera! Minggu lepas kot..aku dengan dia ada text sekejap dan dia meng-ingat-kan aku pasal janji dia untuk kembali pada aku. At first, tak percaya juga. Aku fikir dia dah lupa (maklumlah orang tengah bahagia! ). rupanya dia ingat. Sebenarnya janji tu dibuat bulan 12, tahun lepas. Tapi aku taknak ambil serius sangat pasal tu sebab dia pun dah ber-punya kan. mana mungkin dia nak tinggalkan girl dia. Anyway, 18hb yang lepas sudah 5 bulan! bukan couple okayyy..5 months being a single muslimah lady ;) yeayyy! Before end my entry today, for encik sumber inspirasi saya : Tolonglah jangan berjanji dengan saya pada hal yang belum tentu awak akan buat sebab bila ter-stalk wall awak buat hati saya makin sakit. Jangan buat saya sedih, please. For encik, puan, cik kawan dunia akhirat-ku : selamat berjuang dan mengharungi 2013 ini :) moga lebih bahagia hendaknya ye ? Special dedicate untuk adik korea-ku yang takut kucing (like me! ) : cukuplah menangis okay? We must be strong for our own future. Reda itu bahagian yang penting dalam hidup. *mula-kan hari anda dengan senyuman okay everyone? nikmatilah hari ini (^,^~)~ KEHIDUPAN BARU-KU BERMULA
Sunday, November 18, 2012 | 6:34 AM
ASSALAMUALAIKUM !
Dah tiga bulan aku mula-kan
kehidupan yang baru. Aku masih ingat lagi saat dia putuskan hubungan aku dan
dia..saat semua umat Islam nak sambut aidilfitri. Ye. Sehari sebelum raya.
Sedih nya rasa masa tu hanya Allah yang tau. Tapi aku perlu tahan diri dari
menangis. Maklumlah, pakcik makcik semua berkumpul
_
Empat hari lepas putus, demam
aku :D bila di-ingat balik kisah-2 putus sebelum ni..kali pertama aku putus
waktu aku demam. Kali kedua aku putus dengan dia pun demam jugak. Kali ketiga
ni pun sama. Haha. Adoi.
_
_
Lebih kurang 2 minggu lepas
raya, aku membawa hati jauh ke Utara. Hehe. ke Kedah. Sebenarnya taklah bawa
hati sangat pun. My dear sister had been offered to UUM :) jadi aku ambil
kesempatan ni untuk tenangkan diri. Menerima hakikat. Berpijak di Bumi. Haha.
Alhamdulillah..I’ve made it ! yeah kadang kadang hati ada ter-sentuh sikit.
Tapi still under control. Taknak ingat dia sangat. Maklumlah, dalam masa 2 hari
dah jumpa pengganti aku kannn..mana ada masa nak ingat aku lagi dah.
Two weeks later..
A month later..
Two months later..
Dan kini..kehidupan baru aku
ni aku gunakan sebaik mungkin untuk perbaiki diri aku. to be a better muslimah
~ kadang kadang bila kenang balik waktu dulu..macam macam persepsi keluar.
‘bodohnya kau !’, ‘macam budak budak lah kau ni’, ‘macamtuh rupanya kau dulu..’
haha. Banyak lagi lah. Everyone makes mistakes. And have the rights to be given
second, third and even 100 chances. Because we make mistakes.
Sekarang..perlukan sikit masa kot untuk fikir pasal cinta ^^ macam apa yang my
dear sister pernah pesan pada aku,
Fall in love when you’re
ready not when you’re lonely..
Hehe..sekiannnn. selamat
bercuti ye semua (:
|